Friday, April 16, 2010

LEBIH 60 KESAN LEBAM


SUBANG JAYA: Kanak-kanak perempuan yang mati dipercayai akibat didera ibu dan bapa tirinya pagi kelmarin, disahkan polis mempunyai lebih 60 kesan lebam baru dan lama pada seluruh badannya, kesan pukulan dengan objek keras dipercayai kayu atau rotan.

Malah, hasil bedah siasat pihak Hospital Serdang (HS) semalam, mendapati kematian mangsa turut berpunca radang paru-paru berikutan jangkitan kuman pada anggota badan yang terkena pukulan berkenaan.

Kanak-kanak itu, Lee Swee Hui, 3, yang menghembuskan nafas terakhir kelmarin, bagaimanapun didapati tidak mengalami kecederaan dalaman serius yang boleh meragut nyawanya.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar yang dimaklumkan mengenai hasil laporan bedah siasat itu berkata, pemeriksaan polis di rumah ibu bapa mangsa di Taman Bukit Serdang semalam bagaimanapun tidak menemui objek keras yang mungkin digunakan ketika mendera budak itu.

“Kami tidak menolak kemungkinan ia (objek) sudah dibuang,” katanya pada sidang akhbar, semalam. Beliau berkata, pasangan yang ditahan itu disahkan positif dadah jenis syabu, namun polis tidak menemui dadah dalam rumah mereka.

Difahamkan, mangsa sebelum ini tinggal bersama keluarga angkat yang mengasuhnya sejak kecil dan baru sebulan tinggal bersama ibu dan bapa tirinya.

“Pasangan terbabit didapati tidak mengalami masalah mental dan kes ini tiada kaitan dengan keluarga angkat mangsa,” katanya. Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Khaw Kok Chin berkata, pasangan terbabit ditahan reman sehingga Selasa ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh

Menurutnya, polis meminta jiran mangsa yang pernah mendengar jeritan kanak-kanak berkenaan supaya membuat laporan polis bagi memastikan kes terbabit disiasat lebih rapi.

 “Agak mendukacitakan apabila kes terbabit tidak dilaporkan lebih awal oleh jiran mangsa, jika tidak kanak-kanak itu pasti dapat diselamatkan,” katanya.

Sementara itu, suami pengasuh mangsa hanya mahu dikenali sebagai Low, 40-an, yang ditemui di bilik mayat HS semalam berkata, dia dan isterinya menjaga kanak-kanak itu sejak bayi. 

“Ibu bapa mendiang meminta tolong kami menjaga Swee Hui (mangsa) tidak lama selepas kelahirannya. Bagaimanapun, bulan lalu ibunya mengambil dia semula sebelum kami mendapat khabar kematiannya.

“Saya anggap mendiang yang lebih manja dengan panggilan Jasmine bagaikan anak sendiri. Dia kanak-kanak perempuan comel, sangat periang tapi baik dan patuh mendengar kata. Kami sukakannya dan tak kisah biarpun ibunya kadang-kadang tidak membayar upah mengasuh,” katanya yang hadir bersama isterinya.

Isterinya yang enggan dikenali dan ditemubual tidak dapat menahan sebak dan menekupkan muka pada bahu Low sebaik keluar dari bilik mayat untuk membuat pengecaman mayat kanak-kanak itu.

“Kami cuba menjejaki semula mendiang, tapi gagal kerana tidak tahu alamat baru ibunya. Memang ada rasa sesuatu yang tidak kena hingga mendapat berita kematian ini,” kata Low.

Difahamkan, mayat kanak-kanak itu dituntut datuknya yang ditemani mak ciknya, namun usaha mendapatkan kenyataan mereka tidak berjaya kerana enggan ditemubual.

Kanak-kanak itu dihantar bapa tirinya ke Poliklinik Komuniti Sri Kembangan, dekat sini, untuk mendapatkan rawatan sekitar jam 7.45 pagi kelmarin.

Bagaimanapun, doktor yang menjalankan pemeriksaan mendapati mangsa sudah tidak bernyawa selain mempunyai kesan lebam dipercayai akibat didera pada seluruh tubuh.

Berikutan itu, laporan polis segera dibuat sebelum bapa tiri mangsa berusia 27 tahun dan ibu mangsa berusia 24 tahun ditahan kerana dipercayai mendera mangsa sehingga mati.


Wednesday, April 14, 2010

MAYAT BAYI LELAKI DI BUANG DI KAMPUNG TANJUNG,SUNGAI CHOH DI HULU SELANGOR

KUALA LUMPUR: Mayat bayi lelaki dipercayai dibuang ibunya ke dalam timbunan sampah di Sungai Choh di Hulu Selangor kelmarin, dipercayai sengaja dicampakkan ke dalam tong sampah terbabit pada waktu malam bagi mengelak dilihat sesiapa.



Ketua Polis Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi berkata, siasatan awal tidak menolak kemungkinan ibu atau individu melakukan jenayah itu mungkin sengaja membuang mayat bayi terbabit pada waktu malam.
Beliau berkata, ketiadaan saksi melihat kejadian itu menyukarkan polis menjalankan siasatan bagi mengesan waris bayi malang berkenaan.
“Sejak hari pertama mayat bayi malang itu ditemui sehinggalah sekarang, tiada seorangpun saksi datang ke balai atau menghubungi polis untuk menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan.
“Ini berlaku kerana kita percaya suspek membuang bungkusan plastik berisi mayat bayi itu pada waktu malam menyebabkan tiada saksi melihat perbuatan jenayahnya itu,” katanya ketika dihubungi semalam.
Berdasarkan hasil laporan pihak hospital sebelum ini, mayat bayi terbabit disahkan tidak cukup bulan dan dipercayai baru berusia sekitar lapan bulan ketika dilahirkan sebelum dibuang.


Menurut Norel Azmi, selain faktor malam hari, tindakan suspek membungkus mayat bayi terbabit dengan kertas surat khabar sebelum dimasukkan ke dalam beg plastik juga adalah antara salah satu punca menyebabkan orang ramai tidak menyedari perbuatan kejamnya.
“Kalaupun ada yang melihat orang membuang bungkusan plastik ke dalam tong sampah di situ, mereka mesti tidak syak ia mayat bayi kerana menyangka yang dibuang itu memang sampah. “Bagaimanapun, polis tidak berputus asa menjalankan siasatan dan berharap akan ada saksi tampil memberikan maklumat dalam tempoh terdekat ini,” katanya.
Menurutnya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi polis bagi menyelesaikan kes disifatkan kejam berkenaan.


Kelmarin, seorang pekerja kontraktor syarikat pengutip sampah Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) yang sedang melakukan kerja-kerja memungut sampah terkejut apabila menemui mayat seorang bayi lelaki dalam beg plastik. Mayat bayi malang yang masih bertali pusat dan cukup sifat itu dibungkus dengan kertas surat khabar, kemudian dimasukkan ke dalam beg plastik sebelum dibuang dalam timbunan sampah di sebelah kedai nasi ayam berhampiran lampu isyarat di pekan Sungai Choh.
Laporan bedah siasat mengesahkan bayi terbabit mati akibat keguguran dan dianggarkan berusia lapan bulan



Saturday, April 10, 2010

emmmmmmmmmmm...........

bosan lah kat hostel ne...teda apa yang mau d buat.....ahhhhhhhhhhhhhh...................,lama lg nak abz sem hujung tahun bru abz emmmmm.............,

Thursday, March 11, 2010

sauna..............

panasnya kat kelas tau............bila aircond nak ok ne nda lama lagi jd ikan kering huhuhuhuhu........,

Wednesday, December 9, 2009

hai....semua lama dah tak updaline blog....fhm2 je lh line kat cni xda ne dah pun pinjam laptop kwn...mgu dpn dah nak exam..harap2lh dpt jawap.....pas 2 kmi cuti 3 mgu kira mcm sebulan lh 2...tp waktu 2 aq keja nak cari duit kata kn hehehehe....klah aq nak bt keja ne k jumpa lg daaaa.....

Saturday, November 7, 2009