Tuesday, December 23, 2008



Kenyataan Charm VE Tentang Gambar Skandal Teman Wanita


Dari corong telefon kedengaran sayup, tegas bersulam nada kurang senang lahir daripada jiwa seorang Charma Adizalilullah Abdul Khalik atau Charm. Anggota grup V.E ini sudah dapat menebak apa yang ingin saya ajukan.


Tapi Charm, 31, tenang, dan sesekali keluh kesahnya menandakan dia sangat kesal dengan pelbagai tohmahan yang hinggap pada dirinya. Seumpama tidak pernah sedikit pun dia membuat kebaikan sebelum ini.Semuanya gara-gara gambar mesranya bersama seorang gadis yang didakwa sebagai kekasih tersebar luas di Internet. Gadis itu juga dikatakan orang ketiga yang menyebabkan rumah tangga penyanyi ini runtuh.


Bagai menyimbah minyak ke dalam api, sensasi Charm menjadi panas apabila Charm menceraikan isterinya, Kiki Karmila dengan talak tiga sejurus Kiki melahirkan zuriat ketiga mereka.Gadis yang dipercayai berusia awal 20-an dan dikenali sebagai Farah itu kini didakwa merupakan kekasih baru anggota kumpulan vokal berharmoni yang terkenal dengan lagu Pop Yeh Yeh itu.Malah Charm kini diuar-uarkan sedang merancang untuk bernikah dengan Farah sekitar April tahun depan.


Charm, petang itu, bercakap dalam nada kesal dan enggan mengulas panjang. Katanya dia keberatan memberi sebarang kenyataan dan mahu membiarkan isu peribadinya ini berlalu pergi.Peribadi, pada pendapat lelaki ini harus disimpan rapi dan bukannya untuk dikongsi bersama umum. Hanya orang yang tidak bertanggungjawab dan kurang cerdik suka mengambil tahu hal orang.Bagaimanapun Charm sempat memberi sedikit reaksi mengenai kontroversi yang tercetus dalam perbualan singkat kami kerana sedang menghadiri majlis pernikahan adik lelakinya minggu ini


Mengenai gambar kamu mesra dengan seorang wanita, yang tentunya bukan isteri kamu. Apa komen kamu?Siapa yang sebarkan gambar itu sebenarnya kurang cerdik. Tapi saya okey sebab saya bukannya berbogel.Cuma saya rasa kurang adil bila orang sebarkan gambar kami sahaja sedangkan pada waktu itu kami keluar beramai-ramai. Dia kawan saya.Memang gambar itu mesra dan dia (wanita itu) juga ada ambil gambar seperti itu dengan kawan-kawannya yang lain. Gambar ini sebenarnya diambil selepas saya bercerai.


Macam mana kamu melihat isu ini?Biarlah orang nak cakap apa. Saya malas nak komen. Biar Tuhan tentukan, saya serahkan pada Tuhan.Cerai talak tiga dan baru mendapat cahaya mata. Ramai yang lihat kamu nakal dan agak kejam?Kalau boleh saya tak nak jawab soalan ini. Saya tak nak burukkan lagi keadaan. Tapi saya sahkan memang saya sudah bercerai.