Wednesday, February 25, 2009

Isu Terkini !

Linda & Que sudah bersedia timang cahaya mata

Perkahwinan itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti tuntutanNya. Perkahwinan itu juga menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Perkahwinan juga platform untuk menghalalkan hubungan antara lelaki dan wanita selain melahirkan zuriat sebagai penyambung generasi akan datang.




Lima tahun bergelar ibu tunggal dan bersendirian dengan ditemani anak lelaki tunggal, Qalif Khan, 8, Linda Jasmine atau nama sebenarnya Linda Jasmine Murad Hashim, 37 tahun, selamat diijabkabulkan dengan pelakon popular, Que Haidar, 30 tahun. Pertemuan dan percintaan merpati dua sejoli ini bermula tatkala Que menyertai satu kerja kebajikan yang dianjurkan oleh Linda tahun lalu. Apabila hati sudah ber kenan, akhirnya mereka mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga.

Ternyata, faktor umur bukanlah penghalang keduanya untuk melayari bahtera rumah tangga. Apatah lagi, mahligai yang dibina itu turut direstui semua pihak termasuk anak sulung Linda, Qalif. Majlis pernikahan dan persandingan berlangsung di Restoran Bora Ombak, Ampang, cukup meriah dengan kehadiran saudara mara serta rakan taulan kedua belah pihak. Que dan Linda dinikahkan oleh jurunikah dari Kampung Melayu, Ampang, Abu Sapian Jasin pada pukul 5.50 petang.

Dalam majlis tersebut, Linda menerima mas kahwin sebanyak RM1,101 dan senaskhah Al-Quran sebagai hantaran serta sebentuk cincin. Sebagai balasan, Linda juga turut menghadiahkan suaminya sebentuk cincin. Majlis resepsi perkahwinan di sebelah pihak Que pula bakal berlangsung di Dewan Felda Taib Andak, Kulai 15 Mac nanti dengan konsep diraja. Que atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar tampak segak dengan baju Melayu rekaan Syarifah Kirana manakala Linda yang menggayakan busana putih yang ditaburi bunga jasmin yang dibuat khas untuknya oleh pereka yang sama.




Terharu dengan Qalif
Berlangsung dalam suasana cukup romantik sesuai dengan Hari Valentine, hadirin disambut dengan alunan gamelan yang cukup mendamaikan. Dekorasi pelamin dan suasana sekitar yang serba putih sesuai ala taman di Bali pula nyata memberi ketenangan pada para tetamu yang hadir.

“Alhamdulillah segalanya sudah selesai, saya gembira dan teruja dengan apa yang berlaku. Terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan untuk kami. Harap perhubungan kami ini akan berkekalan buat selama-lamanya. Tak dinafi kan ketika akad nikah saya agak gementar, macammacam perasaan ada dalam diri. Namun setelah selesai, saya rasa lega. Sebenarnya angka mas kahwin yang dipilih ada maknanya kerana itu merupakan mas kahwin bagi golongan kerabat Kedah,” ujar Que yang tersasul menyebut angka mas kahwin ketika akad nikah sehingga terpaksa diulang semula sebelum sah bergelar suami.




Bagi Linda pula, perasaan gementar yang dirasai sebelum majlis bermula akhirnya terlerai setelah dia sah menjadi milik Que. Biarpun penat membuat persiapan, namun dia puas kerana majlis yang diimpikannya berjalan lancar. Malah, dia amat berterima kasih kepada rakan-rakannya yang begitu komited dan bertungkus-lumus menjayakan majlisnya itu.

Antaranya Calvin Thoo yang menaja pakaian untuk memotong kek, Syaiful Bahrim untuk majlis persandingan dan Syarifah Kirana untuk busana akad nikah. Selain itu , turut menaja majlis pernikahan adalah Jakel, Habib Jewels dan Jeslina Hashim selaku perunding perkahwinan daripada Polkadotted Creative Solution. Dalam masa yang sama juga, Linda tidak dapat menyembunyikan perasaan sedih dan terharu kerana anak tunggalnya, Qalif begitu memahami dan tak banyak kerenah biarpun diabaikan lantaran kesibukannya menguruskan ajlis perkahwinan tersebut.

“Qalif seorang anak yang baik dan memahami. Walaupun sering ditinggalkan kerana saya sibuk menguruskan majlis perkahwinan, tetapi dia tak banyak k erenah. Alhamdulillah, majlis kami berjalan lancar seperti mana yang diinginkan. Walaupun status saya kini sudah bertukar, namun kehidupan saya seperti biasa.

“Dalam masa yang sama juga, saya sudah bersedia untuk mendapat anak. Saya tak menolak jika mendapat anak dalam masa yang terdekat. Kalau mengandung selepas ini, rasanya ia tak ada masalah dengan kerjaya saya sebagai seorang guru tari kerana ia boleh diaturkan. Saya berserah semuanya kepada Yang Maha Esa semoga tidak timbul sebarang masalah kelak,” jelas Linda yang manis dan anggun hasil sentuhan Tiya Zainal pada majlis tersebut.



Pasangan ini berkongsi kisah bahagia mereka seterusnya di dalam MW minggu ini.


Hubungan ELYANA dengan si dia direstui
MAKIN menjadi-jadi Elyana dengan kejayaan album keempatnya berjudul Jadi Diriku. Meletup laa album tu. Saat ini Elyana mengaku sedang bahagia dengan seorang jejaka berusia 32 tahun. Hubungan tu direstui keluarga.
Agaknya siapa ekk lelaki tu?
Hubungan ELYANA dengan si dia direstui
MAKIN menjadi-jadi Elyana dengan kejayaan album keempatnya berjudul Jadi Diriku. Meletup laa album tu. Saat ini Elyana mengaku sedang bahagia dengan seorang jejaka berusia 32 tahun. Hubungan tu direstui keluarga.
Agaknya siapa ekk lelaki tu?