Tuesday, December 30, 2008

SHARUL,ME,AND LYNZ............
ALL MY FREN..........IN LAST DAY....31.12.08
KENANGAN TERINDAH DI GIATMARA TUARAN
PIC BERSAMA CGU SARIDAH DAN KAWAN-KAWANKU
DI GIATMARA TUARAN.







MEMORI GIATMARA 2008...............................


Terlebih dahulu saya mohon maaf kepada cgu saridah serta kawan-kawanku seandainya selama ini sekiranya melakukan silap salah serta terkasar bahasa kepada all my fren.
Digiatmara ini saya mengambil kursus juruteknik sistem komputer dan banyak pengalaman yang telah saya dapat mengenai komputer contohnya format komputer, install software2 seperti antivirus, dan banyak lagi................
kawan2 ku harap pertemuan kta digiatmara menjadi kenangan yang terindah ..................see u again my fren...............i love u so much k daaaaaaaaaa lain kali ketemu lagi askum...........

Monday, December 29, 2008

Sehati Berdansa tiada konspirasi

Setelah 10 minggu bersiaran akhirnya pasangan pelakon Lisdawati dan Fauzi Nawawi berjaya menyakinkan penonton program realiti televisyen Sehati Berdansa untuk memilih mereka selaku juara program tersebut musim kedua.

Jika diselak diari pasangan ini sememangnya sedari awal lagi mereka sudah mempamerkan sebuah persembahan yang menarik dan konsisten di sepanjang minggu. Malah mereka sering kali juga mendapat pujian daripada juri professional.

Cuma nasib mereka agak kurang bernasib baik kerana selalu mendapat undian khidmat pesanan ringkas (SMS) yang rendah daripada penonton.

Lantas dek kerana itu ada suara-suara di belakang yang mengatakan pihak penerbitan, Astro cuba untuk memberi kemenangan kepada mereka.

Ditambah pula di peringkat akhir tersebut pemenang ditentukan 100 peratus menerusi SMS.

Jelas Pengurus Saluran Astro Ria, Khairul Mizan Shagul, cerita tersebut merupakan sebuah fitnah yang tidak berasas.

"Selalunya apabila sesebuah program itu hampir sampai ke peringkat akhir pastinya akan timbul cerita-cerita sebegini. Kami daripada pihak penerbitan menyangkal sama sekali cerita begini. Apa yang pasti setiap keputusan diadili dengan adil dan ada badan yang mengawasinya.

Untuk Sehati Berdansa ini memandangkan keputusan pemenang ditentukan sepenuhnya oleh SMS jadi segala keputusan dipantau oleh badan yang telah diiktiraf," katanya ketika ditemui pada majlis sidang media yang diadakan sejurus selepas tamat program tersebut yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) malam Sabtu lalu.

Pasangan tersebut berjaya menerima SMS sebanyak 67.1 peratus mengalahkan pencabar mereka pasangan Amyza Adnan dan Khairil Izhar Mohd. Nazir iaitu 32.9 peratus.

Terang Khairul Mizan, jumlah SMS yang diterima meningkat dua kali ganda berbanding musim pertama lalu.

“Ini satu pencapaian yang baik malah menunjukkan bahawa peminat semakin ramai mengikut program ini. Jadi kami berbesar hati memaklumkan bahawa musim ketiga program ini akan menemui penonton pada tahun hadapan,” jelasnya lagi.

Erat hubungan suami isteri - Fauzi Nawawi

Jika ramai yang mempertikaikan kemenangan mereka kata Fauzi, baik lupakan sahaja.

Meskipun ramai yang beranggapan mereka agak sukar untuk meraih undian SMS berbanding pasangan Amyza dan Khairil Izhar namun jelas Fauzi, itu semua tidak berlaku sejak kebelakangan ini.

“Kalau ada yang tak percaya dengan kemenangan kami, apa kata mereka cuba buka laman web murai.com dan sehati berdansa. Dari situ mereka akan dapat lihat komen-komen positif daripada para peminat kami. Itu dah membuktikan mereka pastinya akan mengundi kami. Jadi isu konspirasi ini sememangnya tak benar,” ujarnya dengan penuh yakin.

Bagi Lisdawati pula, kemenangan ini merupakan hasil doa anak-anak di Rumah Nur Salam serta tunjuk ajar daripada koreografer mereka, Ray Redzuan Awang.

“Mungkin kerana kami mewakili rumah tersebut jadi apabila penonton melihat mereka maka terbuka pintu hati untuk mengundi kami untuk membantu nasib anak-anak ini,” katanya.

Dalam pada itu Fauzi menambah, program Sehati Berdansa ini merupakan sebuah program yang cukup menarik dan baik demi mengeratkan lagi hubungan suami isteri selebriti.

“Kita ini selalu sibuk jadi cuba bayangkan tak ada masa untuk kita berjumpa pun. Tapi apabila kita sertai program ini masa untuk bersama terlalu banyak. Sememangnya kita dapat merapatkan lagi hubungan suami isteri,” jelasnya.

Menerusi kemenangan itu pasangan tersebut berjaya membawa pulang kereta Kia Optima bernilai RM115,000, pakej percutian ke Eropah Tengah, hamper, trofi serta RM15,000 untuk disumbangkan kepada badan kebajikan mereka.

Peminat leka - Amyza Aznan

Persembahan pasangan ini biasa-biasa sahaja. Namun kelebihan mereka ialah sering kali mendapat undian SMS yang tinggi disepanjang program berlangsung.

Mungkin kerana telatah lucu mereka berjaya mencuri hati peminat program tersebut. Tetapi pada malam final lalu, mereka kecundang.

Kata Amyza: “Mungkin peminat-peminat kami rasa kedudukan kami telah selesa jadi sehingga terlupa untuk mengundi. Atau mungkin kerana mereka dah mengundi awal-awal lagi jadi dah habis prepaid kot.”

Ditanya kepadanya mungkinkah gosip-gosip seperti kewujudan konspirasi itu memberinya kesan kepada mereka, kata Amyza dia tidak mengendahkannya.

“Memang pada mulanya menganggu tumpuan saya. Tapi suami saya menasihatkan saya untuk melupakan segala perkara tersebut dan beri tumpuan sahaja pada tarian. Jadi saya fikir itu lebih baik. Bagi saya dah rezeki Lisda untuk menang jadi kami menerimanya dengan hati terbuka,” katanya yang mewakili Yayasan Penyakit Alzheimer Malaysia serta mendapat tunjuk ajar daripada koreografer, Nizam Zakaria.

Persembahan yang menarik

Membawakan tarian Melayu Kontemporari dan Latin nyata persembahan Lisdawati dan Fauzi berjaya menarik hati juri pada malam tersebut iaitu Linda Jasmine, Hamzah Mohamed Tahir dan Anthony Meh Kim Chuan.

Sentiasa mendapat pujian sejak awal persembahan, Lisda dan Fauzi dilihat berjaya menakluki pentas dengan selesa.

Malah di sepanjang berdansa terlukis wajah ceria dan yakin dengan tarian mereka. Berbeza dengan Amyza dan Khairil Izhar. Kedua-duanya dilihat seolah-olah mempamerkan sebuah tarian yang agak kurang mantap dan kurang menyerlah.

Tarian mereka dilihat agak kucar- kacir namun semua itu berjaya ditutup dek kerana pekikan daripada peminat yang ada.

Kerancakan malam kemuncak Sehati Berdansa yang disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Prima, 105 itu agak tercalar kerana pengacaranya Fahrin Ahmad dan Linda Onn yang dilihat saling ingin mengenakan antara satu sama lain.

Mungkin pentas itu merupakan detik terakhir mereka bersama bagi penghujung tahun 2008 ini lantas peluang tersebut digunakan sebaik mungkin untuk merawat luka yang terpendam.

Histeria : Kenapa Tak Cuba Panggil Dato' Haron Din ?

Kejadian histeria yang berlaku di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Lumpur semakin mengganas dan menurut berita tersebut didalam Utusan Malaysia pada hari ini salah seorang mangsa pelajar perempuan menjerit-jerit "aku ingin darah dan nyawa."Nampaknya kes histeria yang membabitkan pelajar semakin serius.

Bagaimana agaknya perjalanan persekolahan di sekolah terbabit dan bagaimana dengan keadaan pelajar yang lain ?? Tentunya mereka rasa bimbang dan tidak dapat memberikan sepenuh perhatian sepenuhnya ekoran kejadian yang melanda sekolah mereka. Ibu bapa toksah la nak kata, mereka lagi bimbang akan kekerapan kes histeria ini berlaku..Justeru, saya menggesa kepada pihak dari Jabatan Pendidikan Negeri Pahang, cubalah cari inisiatif, jangan hanya memanggil pakar perubatan tradisional tapi cubalah panggil pakar perubatan Islam yang menggunakan ayat Al-Quran sebagai amalan.

Senang cerita kenapa tak mahu panggil Prof.Dr Haron Din. Dalam hal ini elok kita ketepikan fahaman politik sebaliknya kita sama-sama fikirkan untuk membasmi masalah yang semakin meruncing..Kesian kat mereka, exam dah tak lama lagi.....

Isu Malaysia : Ada beberapa blog yang sudah mengeluarkan pandangan yang sama berkenaan isu Histeria..sila rujuk di bawah

:-Prof Hamirdin : HISTERIA:UMNO TIADA PILIHAN! MINTALAH JASA BAIK TIMBALAN MURSYIDUL 'AM PAS
Mutaligat : HISTERIA SMK TANJUNG LUMPUR SEMAKIN TERUK, MENGAPA TAK PANGGIL DR HARON DIN?

kredit dr sahabat blogger : silembiks

Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman mangkat di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini pada kira-kira 11.45 pagi semalam. Baginda berusia 86 tahun.



Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Norzam Mohd. Nor yang membuat pengumuman itu berkata, baginda dimasukkan ke HTJ selepas mengadu sakit kepala kira-kira pukul 8.10 pagi semalam.



Sebelum itu, katanya, dua pakar Perunding Kanan HTJ, Datuk Dr. Tarmizi Thayaparan dan Datuk Dr. K. Sree Raman cuba memberi rawatan di Istana Hinggap di sini.



Namun disebabkan keadaan Almarhum terlalu lemah walaupun masih sedar, mereka mengesyorkan supaya baginda dibawa ke HTJ untuk rawatan segera.



“Baginda dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan pelbagai usaha telah dilakukan termasuklah memberi rawatan kecemasan sebelum mangkat pagi ini (semalam),” katanya di HTJ semalam.

Al-Fatihah

Tuesday, December 23, 2008



Kenyataan Charm VE Tentang Gambar Skandal Teman Wanita


Dari corong telefon kedengaran sayup, tegas bersulam nada kurang senang lahir daripada jiwa seorang Charma Adizalilullah Abdul Khalik atau Charm. Anggota grup V.E ini sudah dapat menebak apa yang ingin saya ajukan.


Tapi Charm, 31, tenang, dan sesekali keluh kesahnya menandakan dia sangat kesal dengan pelbagai tohmahan yang hinggap pada dirinya. Seumpama tidak pernah sedikit pun dia membuat kebaikan sebelum ini.Semuanya gara-gara gambar mesranya bersama seorang gadis yang didakwa sebagai kekasih tersebar luas di Internet. Gadis itu juga dikatakan orang ketiga yang menyebabkan rumah tangga penyanyi ini runtuh.


Bagai menyimbah minyak ke dalam api, sensasi Charm menjadi panas apabila Charm menceraikan isterinya, Kiki Karmila dengan talak tiga sejurus Kiki melahirkan zuriat ketiga mereka.Gadis yang dipercayai berusia awal 20-an dan dikenali sebagai Farah itu kini didakwa merupakan kekasih baru anggota kumpulan vokal berharmoni yang terkenal dengan lagu Pop Yeh Yeh itu.Malah Charm kini diuar-uarkan sedang merancang untuk bernikah dengan Farah sekitar April tahun depan.


Charm, petang itu, bercakap dalam nada kesal dan enggan mengulas panjang. Katanya dia keberatan memberi sebarang kenyataan dan mahu membiarkan isu peribadinya ini berlalu pergi.Peribadi, pada pendapat lelaki ini harus disimpan rapi dan bukannya untuk dikongsi bersama umum. Hanya orang yang tidak bertanggungjawab dan kurang cerdik suka mengambil tahu hal orang.Bagaimanapun Charm sempat memberi sedikit reaksi mengenai kontroversi yang tercetus dalam perbualan singkat kami kerana sedang menghadiri majlis pernikahan adik lelakinya minggu ini


Mengenai gambar kamu mesra dengan seorang wanita, yang tentunya bukan isteri kamu. Apa komen kamu?Siapa yang sebarkan gambar itu sebenarnya kurang cerdik. Tapi saya okey sebab saya bukannya berbogel.Cuma saya rasa kurang adil bila orang sebarkan gambar kami sahaja sedangkan pada waktu itu kami keluar beramai-ramai. Dia kawan saya.Memang gambar itu mesra dan dia (wanita itu) juga ada ambil gambar seperti itu dengan kawan-kawannya yang lain. Gambar ini sebenarnya diambil selepas saya bercerai.


Macam mana kamu melihat isu ini?Biarlah orang nak cakap apa. Saya malas nak komen. Biar Tuhan tentukan, saya serahkan pada Tuhan.Cerai talak tiga dan baru mendapat cahaya mata. Ramai yang lihat kamu nakal dan agak kejam?Kalau boleh saya tak nak jawab soalan ini. Saya tak nak burukkan lagi keadaan. Tapi saya sahkan memang saya sudah bercerai.

Monday, December 22, 2008

GAMBAR PESERTA PUTEK 2008 KUMPULAN 2(KENINGAU, SABAH)

hotel perkasa...............kenangan ku


Disinilh kenanganku besama kawan-kawanku menghadiri satu kursus PUTEK..............yang membina seorang usahwan muda dalam biadang yang mereka tahu contohnya........mengikut kemahiran yang kita ada jadi marilh kita beramai-ramai mengikuti kursus ne di sana kita akan di ajar bagaimana menguruskan sebuah perniaggan dan apa yg harus kita tempuhi selepas kita memiliki satu perniaggan

kata-kata ku........

semoga berjaya kelak.........................



nantikan sambungan di mgu hadapan ....................................... see u again fren....