Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman mangkat di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini pada kira-kira 11.45 pagi semalam. Baginda berusia 86 tahun.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Norzam Mohd. Nor yang membuat pengumuman itu berkata, baginda dimasukkan ke HTJ selepas mengadu sakit kepala kira-kira pukul 8.10 pagi semalam.
Sebelum itu, katanya, dua pakar Perunding Kanan HTJ, Datuk Dr. Tarmizi Thayaparan dan Datuk Dr. K. Sree Raman cuba memberi rawatan di Istana Hinggap di sini.
Namun disebabkan keadaan Almarhum terlalu lemah walaupun masih sedar, mereka mengesyorkan supaya baginda dibawa ke HTJ untuk rawatan segera.
“Baginda dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan pelbagai usaha telah dilakukan termasuklah memberi rawatan kecemasan sebelum mangkat pagi ini (semalam),” katanya di HTJ semalam.
No comments:
Post a Comment